Kemaskini Dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal
3 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mac 2024, telah diadakan sesi pembelajaran “Kemaskini Dan Penghantaran Borang Bantuan Persekolahan Baitulmaal” bertempat di NaDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Staf NaDi membantu peserta untuk mengimbas semua dokumen yang diperlukan oleh sistem seperti dokumen pengenalan diri pemohon dan anak, sijil perkahwinan, slip gaji, borang pengesahan sekolah, borang pemastautin dan salinan bil elekrik menggunakan aplikasi camscanner di telefon pintar. Setelah selesai mengimbas semua dokumen, peserta perlu log masuk ke dalam sistem Baitulmaal dan muat naik semua dokumen tersebut dan terus membuat penghantaran borang permohonan Baitulmaal secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: